Archive for June, 2007

my first lovely baby boy!!!!

Monday, June 25th, 2007

alhamdulillah….

syukur… na dah selamat melahirkan anak sulung pada 13 mei 2007 pada jam 2.25 pagi…MUHAMMAD IRFAN HAQIMIE lahir sama hari ngan hari ibu…banyak yang tersirat dan tersurat di sebalik tarikh nie…

sekarang aku dah jadi ibu yang rasa2nya berat tanggungjawab yang harus dipikul… tapi insyaallah semuanya akan aku tempuhi walau apa sahaja dugaan yang datang…

gembira tak terkata tatkala irfan selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.29 kg… nilah pengalaman yang tak dapat digambarkan dan takkan dilupakan sampai bila2…

hari nie, aku terpaksa masuk keje walaupun hari nie baru 44 hari… aku masih dalam pantang… tapi ni lah dikatakan rezeki.. aku dapat kursus dalam cuti ataupun latihan iktisas pendidikan pada 1 julai 2007 kat upsi…. gembira sgt sbb ingatkan dah terlepas kursus ni sbb bersalin tapi aku sempat juga habiskan pantang 40 hari.. rasa2nya dah sihat untuk jalankan tugas mcm biasa.. cuma yang sedihnya aku terpaksa tinggalkan irfan yang yang baru sebulan lebih tu utk tempoh 2 minggu… mcm mana ni dik???? nnt ibu takleh tido…huhuhu. terpaksalah adik duk ngan papa ngan tokwan ek….