Archive for March, 2007

walimah….

Tuesday, March 13th, 2007

hai…cuti sekolah ni ramailah yang nak menamatkan zaman bujang ye…

banyaknya kad jemputan yang sampai… sekolah cuti tapi poli tak cuti…

buat kawan2 yang jauh2, mintak maaf sangat2 sebab tak dapat hadir pada majlis yang amat bersejarah bagi kawan2 semua…. bukan sengaja tapi keadaan tak mengizinkan…. buat che own, fawaz, zerd dan jepp. selamat pengantin baru.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat…

buat nurul, along…insyaallah diri ini akan hadir di majlis kahwin korang…

akhir kata… semoga bahtera yang dibina bersama pasangan masing2 diberkati oleh Allah SWT.

saje-saje jer…..

Tuesday, March 13th, 2007

lama x menaip kat sini…

actually, ngantuk sgt…. nak tunggu kelas kul 11.15 pg nie. sekarang cbuk sangat, maklumlah nak kena siapkan markah penilaian berterusan pelajar dan habiskan silibus sebelum due…

alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik walaupun sekarang ni dah sarat…..cuma bila mengajar tu rasa semput sikit, maklumlah nak kena keluarkan suara dan pahamkan student apa yang kita ajar..

alhamdulillah jugak, student yang dapat semester ni tak banyak kerenah dan mudah paham…

dugaan jugak bila abang kena tukar keje kat kuantan tapi syukur alhamdulillah dia dapat keje government. cuma memang terasa sangat bila kena tolak balik umah sewa kat sini dan pindah balik umah mak… yela takkan nak duduk sorang2 bila hubby balik seminggu sekali. terpaksala drive sendiri hari2 lebih kurang setengah jam pergi dan balik keje…. tapi setakat mampu bolehlah lagi drive nanti ayahlah jadi mangsa hantar dan balik keje….

tapi, nilah hakikat kehidupan ini yang perlu kita tempuhi…..