Archive for June, 2006

politeknik…

Monday, June 26th, 2006

28 mei 2006…

surat tawaran pensyarah politeknik dungun terengganu…. macam mimpi je…hadiah kawin kot… hehehe.. tapi pening jugak pikir nak terima ke tak sebab dah sayang sebenarnya kat kospint….

30 mei 2006

hari sambut menantu… tanah merah kelantan…

1 jun 2006…

sepatutnya dah balik dari tanah merah sebab hari nie kena lapor diri kat politeknik dungun terengganu.. tapi hubby demam… cian dia…terpaksa call, bgth lapor diri lambat sikit…

4 jun 2006

hari pertama di politeknik… lapor diri dan mintak kelepasan, ke yayasan terengganu uruskan perletakan jawatan sebagi guru imtiaz…selamat tinggal kospint :(

5 jun 2006

start keje di politeknik dungun terengganu.. kejap lgi politeknik sultan mizan zainal abidin….alhamdulillah staff jabatan matematik, sains & komputer (jmsk) semua baik dan peramah dan dapat terima aku kat sini…..

semoga jalan yang kupilih…dapat beri kebahagiaan dalam kehidupan ini…..

Akhirnya……..

Monday, June 26th, 2006

assalamualaikum…

alhamdulillah.. akhirnya 26&27 hb mei 2006 menjadi tarikh yang amat bersejarah dalam kehidupan ini…

akhirnya, abang dengan na selamat diijabkabulkan setelah hampir 3 tahun kita lalui berbagai dugaan. itulah yang kita kata jodoh tak kemana.. sabar itu separauh daripada iman… bagaikan mimpi, kita buat persiapan setelah kita tunda tarikh kawin kita sebanyak 2 kali…macam2 dugaan yang datang.. masa tue, tak tahu yang kita boleh teruskan hubungan kita lagi atau tak… tapi berkat kematangan abang, kesabaran kita berdua, jodoh kita..alhamdulillah semuanya selesai…kita tak boleh tipu diri kita sendiri, kita memang memerlukan antara satu sama lain.. kita tak boleh nak buat tak tahu tentang perasaan sayang yang wujud dalam diri kita….na nak abang tahu, sekarang yang na amat bahagia disamping abang……harapan na sekarang biarlah mahligai yang kita bina ini berkekalan hingga akhir hayat…inyaAllah…

kepada kengkawan…

mah…

awak juga akan lalui semua ini, yang penting sabar dan selalu bawa berbincang, give & take, itu yang akan mengukuhkan lagi sesebuah hubungan…gagal dalam hubungan dulu tak semestinya gagal selamanya..saya doakan awak bahagia dengan pilihan hati awak..mulut boleh menipu, tapi hati tak tahu menipu, dengarlahkata hati kita inyaallah, semuanya betul….

repa & ieza

terima kasih yang tak terhingga kerana sudi datang walaupun tak sempat ngan majlis.. penat naik bas…jauh sangat perjalanan..insyaalah, persahabatan yang kita bina.. kekal selamanya…

Xmybest & xutm..

thank you very much.. kerana korang sanggup datang.. walaupun, kita semua hampir tak contact satu sama lain kerana kesibukan masing2, tapi di hari bahagia ini, korang sanggup datang, terima kasih..

nurul, kinah, fiza, kakna, nor.. kospint

terima kasih byk2 kerana sanggup drive jauh2 dan tinggalkan program kat kospint.. mintak maaf banyak2 sebab terpaksa letak jawatan kat kospint.. bukan tak bahagia kat kospint, tapi nilah tuntutan kehidupan na sekarang… tapi… pengalaman di kospint banyak mengajar diri ini dalam kehidupan bekerja… cuma satu harapan na, semoga persahabatan yang dibina tak akan putus walau kita dah tak bekerja dibawah satu bumbung….insyaallah

kawan2 yang lain..

kepada yang datang pada majlis tu berbanyak terima kasih…kepada yang tak dapat datang tapi ingatan yang dikirimkan berbanyak terima kasih…

semoga silaturrahim yang terjalin antara kita semua berkekalan hendaknya…..

salam sayang…wassalam