my first lovely baby boy!!!!

June 25th, 2007 by paina

alhamdulillah….

syukur… na dah selamat melahirkan anak sulung pada 13 mei 2007 pada jam 2.25 pagi…MUHAMMAD IRFAN HAQIMIE lahir sama hari ngan hari ibu…banyak yang tersirat dan tersurat di sebalik tarikh nie…

sekarang aku dah jadi ibu yang rasa2nya berat tanggungjawab yang harus dipikul… tapi insyaallah semuanya akan aku tempuhi walau apa sahaja dugaan yang datang…

gembira tak terkata tatkala irfan selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.29 kg… nilah pengalaman yang tak dapat digambarkan dan takkan dilupakan sampai bila2…

hari nie, aku terpaksa masuk keje walaupun hari nie baru 44 hari… aku masih dalam pantang… tapi ni lah dikatakan rezeki.. aku dapat kursus dalam cuti ataupun latihan iktisas pendidikan pada 1 julai 2007 kat upsi…. gembira sgt sbb ingatkan dah terlepas kursus ni sbb bersalin tapi aku sempat juga habiskan pantang 40 hari.. rasa2nya dah sihat untuk jalankan tugas mcm biasa.. cuma yang sedihnya aku terpaksa tinggalkan irfan yang yang baru sebulan lebih tu utk tempoh 2 minggu… mcm mana ni dik???? nnt ibu takleh tido…huhuhu. terpaksalah adik duk ngan papa ngan tokwan ek….

walimah….

March 13th, 2007 by paina

hai…cuti sekolah ni ramailah yang nak menamatkan zaman bujang ye…

banyaknya kad jemputan yang sampai… sekolah cuti tapi poli tak cuti…

buat kawan2 yang jauh2, mintak maaf sangat2 sebab tak dapat hadir pada majlis yang amat bersejarah bagi kawan2 semua…. bukan sengaja tapi keadaan tak mengizinkan…. buat che own, fawaz, zerd dan jepp. selamat pengantin baru.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat…

buat nurul, along…insyaallah diri ini akan hadir di majlis kahwin korang…

akhir kata… semoga bahtera yang dibina bersama pasangan masing2 diberkati oleh Allah SWT.

saje-saje jer…..

March 13th, 2007 by paina

lama x menaip kat sini…

actually, ngantuk sgt…. nak tunggu kelas kul 11.15 pg nie. sekarang cbuk sangat, maklumlah nak kena siapkan markah penilaian berterusan pelajar dan habiskan silibus sebelum due…

alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik walaupun sekarang ni dah sarat…..cuma bila mengajar tu rasa semput sikit, maklumlah nak kena keluarkan suara dan pahamkan student apa yang kita ajar..

alhamdulillah jugak, student yang dapat semester ni tak banyak kerenah dan mudah paham…

dugaan jugak bila abang kena tukar keje kat kuantan tapi syukur alhamdulillah dia dapat keje government. cuma memang terasa sangat bila kena tolak balik umah sewa kat sini dan pindah balik umah mak… yela takkan nak duduk sorang2 bila hubby balik seminggu sekali. terpaksala drive sendiri hari2 lebih kurang setengah jam pergi dan balik keje…. tapi setakat mampu bolehlah lagi drive nanti ayahlah jadi mangsa hantar dan balik keje….

tapi, nilah hakikat kehidupan ini yang perlu kita tempuhi…..

student….student…

October 1st, 2006 by paina

bulan puasa dah datang… dalam keadaan macam ni rasa penat sangat.. macam tak cukup rehat..

tapi ni semua dugaan…

student.. aargh…

penat pun ada layan kerenah student nie… bila kita baik, diorang pijak kepala, bila kita serius, diorang kata kita ni garang… tak tahulah… yelah.. kita pun pernah jadi student… macam mana dulu kita tuang kelas dan kawan tolong tanda tangan kan kedatangan, bila time kita, kita rasa nak marah… xde niat nak marah, tapi ada seorang dua yang buat hal sampaikan kita tak tahan… ni lah pelajar sijil dan diploma… yang merasakan diorang macam budak sekolah menengah yang perlu kita suap setiap hari… bagi nota dan terangkan hari ni, paham..tanya esok dah tak jumpa mana nota tue.. tak paham balik….nilah semua dugaan yang perlu pensyarah macam aku perlu tangani…dan tahan sabar…. tapi mengajar dah jadi sesuatu yang amat digemari… bila kita tak sangka diorang boleh jawab semua soalan kuiz dan ujian kita dengan baik.. masa tu alhamdulillah.. syukur.. apa yang kita ajar diorang boleh terima… tapi tak pulak bila time separuh kelas gagal.. tensionnya.. macam mana nak tolong? terpaksa suruh diorang buat pembetulan dan kita semak balik.. boleh lah jugak bantu mana yang patut…. nilah kehidupan aku sekarang…………..

tapi walau macam nanapun aku bersyukur terhadap rezeki yang aku perolehi.. alhamdulillah, walaupun gstt, aku bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang… kdc? nampak gaya kena tangguhkan dululah tahun nie… nak buat macam mana, rezeki lain dapat dulu.. terpaksa lepaskan satu… abang… lepas ni kita kena rancang betul-betul..;) supaya tak bertembung lagi dengan tarikh kdc….

oklah… sambung lain kali….

wasalam…

cuti lagi…

August 19th, 2006 by paina

assalamualaikum…

lama dah rasanya tak update kat blog nie…

maklumlah… bila start mengajar susah sikit nak cari ruang masa nak menaip…alih-alih check email je yang sempat…

hari nie first day politeknik cuti.. 2 minggu lak tue…tapi as gstts, i kenalah keje… baru first day dah rasa boring.. tak dengar suara-suara lec yang bising tue.. tapi suasana kat sini meriah…

ni tgh pening.. nama naik kena g kursus jati diri kat gua musang.. berakit merdeka… tak tau la mcm mana..

ingatkan lulus ujian bahasa inggeris, tak kena attend kursus, kena jugak, lagi teruk lak tu…

tapi ni kan… tuntutan keje.. jadi hendak tak hendak, suka tak suka.. kita kena terima la as tanggungjawab…

politeknik…

June 26th, 2006 by paina

28 mei 2006…

surat tawaran pensyarah politeknik dungun terengganu…. macam mimpi je…hadiah kawin kot… hehehe.. tapi pening jugak pikir nak terima ke tak sebab dah sayang sebenarnya kat kospint….

30 mei 2006

hari sambut menantu… tanah merah kelantan…

1 jun 2006…

sepatutnya dah balik dari tanah merah sebab hari nie kena lapor diri kat politeknik dungun terengganu.. tapi hubby demam… cian dia…terpaksa call, bgth lapor diri lambat sikit…

4 jun 2006

hari pertama di politeknik… lapor diri dan mintak kelepasan, ke yayasan terengganu uruskan perletakan jawatan sebagi guru imtiaz…selamat tinggal kospint :(

5 jun 2006

start keje di politeknik dungun terengganu.. kejap lgi politeknik sultan mizan zainal abidin….alhamdulillah staff jabatan matematik, sains & komputer (jmsk) semua baik dan peramah dan dapat terima aku kat sini…..

semoga jalan yang kupilih…dapat beri kebahagiaan dalam kehidupan ini…..

Akhirnya……..

June 26th, 2006 by paina

assalamualaikum…

alhamdulillah.. akhirnya 26&27 hb mei 2006 menjadi tarikh yang amat bersejarah dalam kehidupan ini…

akhirnya, abang dengan na selamat diijabkabulkan setelah hampir 3 tahun kita lalui berbagai dugaan. itulah yang kita kata jodoh tak kemana.. sabar itu separauh daripada iman… bagaikan mimpi, kita buat persiapan setelah kita tunda tarikh kawin kita sebanyak 2 kali…macam2 dugaan yang datang.. masa tue, tak tahu yang kita boleh teruskan hubungan kita lagi atau tak… tapi berkat kematangan abang, kesabaran kita berdua, jodoh kita..alhamdulillah semuanya selesai…kita tak boleh tipu diri kita sendiri, kita memang memerlukan antara satu sama lain.. kita tak boleh nak buat tak tahu tentang perasaan sayang yang wujud dalam diri kita….na nak abang tahu, sekarang yang na amat bahagia disamping abang……harapan na sekarang biarlah mahligai yang kita bina ini berkekalan hingga akhir hayat…inyaAllah…

kepada kengkawan…

mah…

awak juga akan lalui semua ini, yang penting sabar dan selalu bawa berbincang, give & take, itu yang akan mengukuhkan lagi sesebuah hubungan…gagal dalam hubungan dulu tak semestinya gagal selamanya..saya doakan awak bahagia dengan pilihan hati awak..mulut boleh menipu, tapi hati tak tahu menipu, dengarlahkata hati kita inyaallah, semuanya betul….

repa & ieza

terima kasih yang tak terhingga kerana sudi datang walaupun tak sempat ngan majlis.. penat naik bas…jauh sangat perjalanan..insyaalah, persahabatan yang kita bina.. kekal selamanya…

Xmybest & xutm..

thank you very much.. kerana korang sanggup datang.. walaupun, kita semua hampir tak contact satu sama lain kerana kesibukan masing2, tapi di hari bahagia ini, korang sanggup datang, terima kasih..

nurul, kinah, fiza, kakna, nor.. kospint

terima kasih byk2 kerana sanggup drive jauh2 dan tinggalkan program kat kospint.. mintak maaf banyak2 sebab terpaksa letak jawatan kat kospint.. bukan tak bahagia kat kospint, tapi nilah tuntutan kehidupan na sekarang… tapi… pengalaman di kospint banyak mengajar diri ini dalam kehidupan bekerja… cuma satu harapan na, semoga persahabatan yang dibina tak akan putus walau kita dah tak bekerja dibawah satu bumbung….insyaallah

kawan2 yang lain..

kepada yang datang pada majlis tu berbanyak terima kasih…kepada yang tak dapat datang tapi ingatan yang dikirimkan berbanyak terima kasih…

semoga silaturrahim yang terjalin antara kita semua berkekalan hendaknya…..

salam sayang…wassalam